Monday, May 18, 2015

Ruined Life

Assalamualaikum

Waiting is pain right?
Banyak benda aku belajar bila aku dah mula kenal kau. Semua benda aku ikut cara kau sebab aku dah terbiasa dengan kau. Cara makan aku dah berubah. Cara aku belajar pun berubah. Like literally semua benda yang aku buat sekarang, sama macam apa yang kau buat. Kita memang banyak beza sampaikan selalu gaduh. Kau lebih pada nak enjoy and have fun but still kuat pendirian untuk dapat dean'list tiap semester. Benda tu aku sokong and bangga sebab kau boleh balance-kan study dengan enjoy tiap hari. Tapi aku, banyak benda yang ke laut. Aku tak boleh balance-kan dua benda macamtu. Aku kena keep study untuk dapatkan result gempak. Tak macam kau yang tuhan dah bagi akal yang pandai. Aku pandai gakk tapi kena usaha lebih untuk berjaya. 

Kalau kau cakap aku tak banyak tolong kau dalam hubungan ni, terpulang. Semua benda yang aku buat memang tak nak bagi kau nampak. Tapi nak bagi kau sedar samada kau perasan ke tak semua tu. Aku maybe garang&suka cari gaduh sebab perangai kau memang takboleh nak cara dengan aku. Aku selalu marah sebab aku nak kau jadi serious dalam hidup kau. Sekarang kau dah umur 19, perlu ke kau main-main? Ya, ada masa boleh ajak bergurau, ada masa kena serious sebab dalam hidup bukan semua suka kita. Bukan semua benda yang kita buat, orang boleh terima. Tapi kau lain. Kau ikut kepala kau, kau ikut rentak kau. Kau suruh orang keliling ikut apa yang kau nak buat, apa yang kau selalu buat. Kau keras kepala sekarang. Aku pun tak tau nak handle kau cemana lagi. Semua yang aku cakap salah untuk kau. Kau bangkang semua benda yang aku cakap. 

Lepasni aku dah tak handle apa yang jadi dalam hidup kau. Semua benda daripada belajar sampailah ke makan pakai kau. Aku tak pernah berkira pun nak tolong kau buat semua benda sebab aku sayang kau and aku ikhlas nak tolong kau. Tapi sikit pun kau tak appreciate apa yang aku buat. Sikit pun tak...

Aku tak harap duit kau untuk tanggung hidup aku tapi at least, hormat aku. Kau takkan pernah hormat aku sebab hati kau, kepala kau masih ingin nak berseronok. Aku boleh bagi kau berseronok tapi tolong jangan cari aku lagi. Jangan contact aku lagi bila aku dah boleh move on macam perempuan lain. 

Keputusan ni kau yang pilih. Keputusan ni kau yang aturkan. Aku ikut sebab aku tahu kau takkan mengalah untuk bagi aku peluang untuk ubah diri aku. Perempuan tu nafsunya pada kecantikan. Kalau aku tak ubah belum tentu kau boleh tahan dengan sikap aku. Belum tentu. Jadi apa yang aku buat memang ini yang aku hendak dan ini yang menggembirakan aku. Aku harap kau lupa apa tu pengorbanan dan kesetiaan. 


No comments:

Post a Comment