Wednesday, November 12, 2014

#2 Cinta Si Pelik



Mengurat:

Keinginan aku untuk berbual dengan dia jauh sekali memandangkan aku bukan budak perempuan yang suka bercakap dengan lelaki. Aku bukan tergolong dalam perempuan yang suka berbual banyak. Lebih suka duduk diam dan termenung. Entah. Mungkin cara aku lain dengan perempuan lain. Mungkin juga aku digelar si pelik. Tapi aku tak ambil peduli tentang semua tu. Kadang aku rasa itu yang membezakan aku dengan perempuan lain. Cara aku dengan mereka. 

Lapan bulan kemudian, aku jadi rapat dengan Amira. Dia satu kelas dengan lelaki ber'snowcap merah tu. Jadi tiap kali aku ke sekolah pasti dia yang aku jumpa. Dia juga kawan sekolah rendahku jadi aku tidak terlalu kekok untuk berbual dengannya. Aku terkejut bila Amira berkawan baik dengan dia. Dan paling aku tak boleh lupa bila aku yang mula-mula dahulu untuk mengorat dia. Boleh malu bila diingat kembali dengan semua itu. Aku sendiri tak jangka yang aku lakukan semua itu. Sungguh. Pengalaman mengorat lelaki yang tak dikenali buat aku malu sendiri bila difikir balik. 

Aku punya kawan yang selalu pergi dan balik sekolah bersama. Namanya Ashikin. Dia baik dan tak pernah menjaja cerita yang tak baik tentang orang. Jadi aku minta tolong dia untuk kenenkan aku dengan si lelaki snowcap. Aku minta Ashikin contact lelaki tu dan tanya tentang aku. Lelaki itu mungkin terkejut dan mungkin tidak. Mungkin dia dah dapat agak yang aku ingin berkawan dengannya. Aku minta Ashikin beritahu dia supaya memulakan perkenalan di sms. Dan dia sama sekali tidak tahu menahu tentang rancangan aku ini. Aku pura-pura terkejut bila dapat sms dari lelaki itu.

Perasaan teruja bila aku melayan dan dilayan baik sekali. Tapi bila diajak keluar berdua, aku tolak secara baik. Aku tak biasa bila berduaan tambahan umurku baru menginjak ke belasan tahun. Jadi aku bawa Ashikin bersama. Kami ke Wangsawalk Mall bertiga. Cuma makan bersama dan balik. Pada mulanya aku tahu dia tidak senang dengan kehadiran Ashikin. Dia berfikir cuma kami berdua. Dan aku tahu dulu dia punya teman istimewa yang boleh diajak kemana saja. Kemudian, perkenalan kami seperti biasa. Dan buat aku terkejut bila dia meluahkan isi hatinya. 

Hari demi hari,
Bertukar ke bulan dan seterusnya sudah hampir tujuh tahun kami menyemai kasih sayang. Segala perit lelah antara kami tanggung bersama. Aku rindu. Rindu lelaki selalu ada bila aku kosong. 

No comments:

Post a Comment