Thursday, September 11, 2014

#1 Cinta Si Pelik

Pandangan pertama:

                 

               Pada mulanya, rasa takut dan tidak selesa untuk aku masuk ke alam menengah persekolahan. Kerna bagi aku, alam menengah bagaikan sesuatu yang aku perlu jadi kuat dari segi zahir dan batin. Aku kena kuat agar tidak mudah terjerumus dalam perkara yang manusia dan media selalu uar-uarkan. Sungguh aku tak bersedia untuk masuk ke dunia baru. Takut jika aku dibuli dan menjadi liar. Walaupun abangku belajar di sekolah yang sama, aku masih rasa kekok dan ketakutan. Memandangkan jadual waktu sekolah kami berbeza, mungkin itu sebabnya aku berasa takut.

Sampainya aku di pintu pagar sekolah, aku terpandang sekujur tubuh sedang berdiri tegak di sebelah wanita lewat 30-an. Aku termenung pelik dengan keadaan lelaki itu. Dengan kepala yang berbalut snowcap merah menyala buat aku tersenyum sendiri. "Gila apa duk pakai snowcap tengahari buta ni?" Detik hatiku. Tapi aku biar saja lelaki itu dan berlalu pergi ke arah dewan yang dipenuhi pelajar seusiaku untuk daftar sekolah. Cuma emak yang temani aku dan ayah menunggu di kereta. 

Kemudian, aku diminta beratur di sebelah belakang dewan dan terjumpa kawan sekolah rendahku. Seronok bukan kepalang kerana aku sama kelas dengannya. Namanya Aina Amani. Kekok sedikit kerana aku tidak serapat rakannya yang lain. Di dalam kelas juga aku tidak duduk sebaris dengannya, Aku duduk dengan dua rakan lain, Zai dan Izah dari sekolah berdekatan dengan Hospital Johor. Aku senang berkawan dengan mereka kerana masing-masing punya personaliti yang berbeza dan banyak cakap terutama Zai. Terlalu jauh beza aku dengan dia. Sambil aku berbual dengan mereka, mata aku melilau di dalam kelas untuk melihat siapa lagi rakan baru yang akan belajar sama denganku. Kaget. Terkejut. Lelaki yang aku ejek tadi rupanya sama kelas denganku. Jadi tiap hari aku pandang dan lihat kelakuan dia. Tak ubah dengan budak lelaki lain. Bising. Suka melayan. Aku perhati dari jauh. Kadang tergelak sendiri bila dia buat lawak dengan kawan kelas yang lain. 

Dua minggu kemudian, cikgu umumkan beberapa pelajar harus pindah kelas arab. Bila mana nama dia disebut, hati aku sikit hampa. Entah waktu itu, aku belum terbit rasa suka. Tapi rasa hampa sebab tak boleh lihat kerenah dia tiap hari memandangkan kelas arab pada sebelah pagi. Aku biar benda tu berlalu. Sebab aku tak rasa penting untuk menunggu orang yang tak pasti. Masa dia sama kelas denganku, kami takpernah bercakap.
Jika aku tanya soalan yang sama, dia tak ingat samada aku pernah jadi kawan sekelasnya.


No comments:

Post a Comment