Tuesday, October 13, 2015

Last yet memory

Andai ini yang kau pinta, aku ikhlas meninggalkan semua perkara tentang kamu.

Gelak, menangis, hampa, kecewa
Kau banyak beri aku ruang dan peluang untuk mengenali cinta dan pengorbanan.

Terima kasih.
Aku redha andai ini pilihan yang kau cuba buat untuk hubungan kita.
aku redha jika engkau mampu untuk meneruskan hidup dengan orang lain untuk lupakan kisah kita. Aku redha jika takdir jodoh kita sampai disini.

Aku tak mampu lagi untuk melawan segala perkara untuk menguatkan rasa dalam hubungan kita. Aku tak kuat lagi untuk terima segala perkara yang kau lakukan padaku. Mungkin cukup sampai disini.

On 4Sept.2015// tepat pkul 5pagi he just goes around talk straightly "saya nak putus"

And it was so frustruating when after he told all what he want, then he blocked my acc in whatsapp, hide his moment thru wechat and delete all current photo @instgram. Totally shocked. But i choose to be calm.

Aku tahu aku tak mampu nak bagi dia apapepun, bekerja pun tidak lagi mau belanja dia perkara mahal. Setakat makan boleh la aku support. Eventho dia xpernah ckap tp riak air muka dia, aku dah tahu yang dia bosan dgn apa yg aku buat pada dia.

Memang aku salah. Memang aku selalu buat hal. But same goes to him. Same goes to what he do to me. Amik gambar dengan perempuan, do whatsapp kind of things eventho ckap psal belajar. Mustahil theres no gap between him and other girls. Mustahil.

Aku cuma redha. Aku harap apa yg aku fikir dan perkatakan menjadi kenyataan.
Insyaa Allah.

Tuesday, May 19, 2015

Best Fit!

Assalamualaikum 

Sejak semalam I had a good day to start the real life without man (or maybe he's only a boy!) sebab semalam aku dah mula nak berubah in everything I do. By the way, benda tu memang dah lama aku nak buat tapi sebab busy dan malas tersangat malas dan suka tangguhkan something yang aku nak buat. That's it! Jadinyaa badan pun makin debab dan lembik macam belacan. Busuk dan masam, puikk!

Bila aku rasa dah tak tahu nak buat apa, I just thought that maybe I need to start over again and make a move to fit this body. Badan makin gemuk, takde siapa yang nak tengok and keyakinan aku pun makin pupus sebab aku rasa aku tak lawa kot. Haha! The worst thing ever, aku tak expect aku boleh berubah se-drastik cenggini tapi aku harap apa yang aku buat ni tetap dan perkara malas tu pergi jauh.

So let clear it again, aku buat semua ni bukan sebab orang lain. Aku buat sebab diri aku dan kepuasan sendiri. Dan semua yang berlaku dalam diri aku memang kehendak dan keinginan aku sendiri. Mungkin sebelum ni aku tak mampu nak buat semua sebab aku terlalu ikutkan apa orang kata, apa orang fikir, apa orang nak. Aku abaikan diri aku sebab orang? Nonsense! Aku dah penat dengan semua tu. Aku dah penat nak dengar apa orang cakap pasal aku sebab nobody perfect. Aku terima tapi belum tentu aku boleh dengar lagi semua tu. So aku rasa sekarang masa yang sesuai untuk berubah. Untuk tunjuk kat semua yang aku boleh. Untuk bagi orang yang kuat mengata aku, terasa terkena sebab aku boleh berubah. Aku boleh!

So, untuk bulan pertama aku akan cuba buat apa yang aku nak. Makan semua yang aku nak dan mampu. (Tick!) Kedua, aku nak kurus. Aku nak fit-kan badan aku yang gelebeh ni supaya orang yang tinggalkan aku dulu, terkejut sebab diri aku nanti. Aku nak kurus sebab aku nak cantik dan ada keyakinan diri. That's me! Then, I'll try on my diet. Jaga makan, jaga kesihatan untuk kekal sihat. Aku cuba jaga nafsu makan supaya tak melebih-lebih sampai overweight. Malu! Malu kalau diri sendiri gemuk dan berjalan di sebelah orang kurus. Especially family&friends. So, let's make it happend ok alin! 

Last but not least, Braces! Aku bukan suka sangat patahkan gigi sebab nak buat braces. Mula-mula memang nak buat sebab my sis buat and gigi dia lawa! Eventho muka masih panjang, I dont care sebab that's her. Kalau semua berubah pun tak lawa gakk. Then I decide to do braces. Ask mak&haizat's permission. Dua-dua bangkang but I'm on my words. Still nak buat eventho sakit kot? Lagipun kawan Angah nak buat on Rm500 so worth it la daripada rm800++ kan? Tapi kena patah gigi so aku tak jadi buat. Then angah cakap dia beli barang braces daripada supplier indonesia which is more murah around rm300 and dia boleh buatkan untuk aku sekali. So, aku setuju. Tunggu dan lihat next year on How Do I Look? ;)


Monday, May 18, 2015

Ruined Life

Assalamualaikum

Waiting is pain right?
Banyak benda aku belajar bila aku dah mula kenal kau. Semua benda aku ikut cara kau sebab aku dah terbiasa dengan kau. Cara makan aku dah berubah. Cara aku belajar pun berubah. Like literally semua benda yang aku buat sekarang, sama macam apa yang kau buat. Kita memang banyak beza sampaikan selalu gaduh. Kau lebih pada nak enjoy and have fun but still kuat pendirian untuk dapat dean'list tiap semester. Benda tu aku sokong and bangga sebab kau boleh balance-kan study dengan enjoy tiap hari. Tapi aku, banyak benda yang ke laut. Aku tak boleh balance-kan dua benda macamtu. Aku kena keep study untuk dapatkan result gempak. Tak macam kau yang tuhan dah bagi akal yang pandai. Aku pandai gakk tapi kena usaha lebih untuk berjaya. 

Kalau kau cakap aku tak banyak tolong kau dalam hubungan ni, terpulang. Semua benda yang aku buat memang tak nak bagi kau nampak. Tapi nak bagi kau sedar samada kau perasan ke tak semua tu. Aku maybe garang&suka cari gaduh sebab perangai kau memang takboleh nak cara dengan aku. Aku selalu marah sebab aku nak kau jadi serious dalam hidup kau. Sekarang kau dah umur 19, perlu ke kau main-main? Ya, ada masa boleh ajak bergurau, ada masa kena serious sebab dalam hidup bukan semua suka kita. Bukan semua benda yang kita buat, orang boleh terima. Tapi kau lain. Kau ikut kepala kau, kau ikut rentak kau. Kau suruh orang keliling ikut apa yang kau nak buat, apa yang kau selalu buat. Kau keras kepala sekarang. Aku pun tak tau nak handle kau cemana lagi. Semua yang aku cakap salah untuk kau. Kau bangkang semua benda yang aku cakap. 

Lepasni aku dah tak handle apa yang jadi dalam hidup kau. Semua benda daripada belajar sampailah ke makan pakai kau. Aku tak pernah berkira pun nak tolong kau buat semua benda sebab aku sayang kau and aku ikhlas nak tolong kau. Tapi sikit pun kau tak appreciate apa yang aku buat. Sikit pun tak...

Aku tak harap duit kau untuk tanggung hidup aku tapi at least, hormat aku. Kau takkan pernah hormat aku sebab hati kau, kepala kau masih ingin nak berseronok. Aku boleh bagi kau berseronok tapi tolong jangan cari aku lagi. Jangan contact aku lagi bila aku dah boleh move on macam perempuan lain. 

Keputusan ni kau yang pilih. Keputusan ni kau yang aturkan. Aku ikut sebab aku tahu kau takkan mengalah untuk bagi aku peluang untuk ubah diri aku. Perempuan tu nafsunya pada kecantikan. Kalau aku tak ubah belum tentu kau boleh tahan dengan sikap aku. Belum tentu. Jadi apa yang aku buat memang ini yang aku hendak dan ini yang menggembirakan aku. Aku harap kau lupa apa tu pengorbanan dan kesetiaan. 


Wednesday, November 12, 2014

#2 Cinta Si Pelik



Mengurat:

Keinginan aku untuk berbual dengan dia jauh sekali memandangkan aku bukan budak perempuan yang suka bercakap dengan lelaki. Aku bukan tergolong dalam perempuan yang suka berbual banyak. Lebih suka duduk diam dan termenung. Entah. Mungkin cara aku lain dengan perempuan lain. Mungkin juga aku digelar si pelik. Tapi aku tak ambil peduli tentang semua tu. Kadang aku rasa itu yang membezakan aku dengan perempuan lain. Cara aku dengan mereka. 

Lapan bulan kemudian, aku jadi rapat dengan Amira. Dia satu kelas dengan lelaki ber'snowcap merah tu. Jadi tiap kali aku ke sekolah pasti dia yang aku jumpa. Dia juga kawan sekolah rendahku jadi aku tidak terlalu kekok untuk berbual dengannya. Aku terkejut bila Amira berkawan baik dengan dia. Dan paling aku tak boleh lupa bila aku yang mula-mula dahulu untuk mengorat dia. Boleh malu bila diingat kembali dengan semua itu. Aku sendiri tak jangka yang aku lakukan semua itu. Sungguh. Pengalaman mengorat lelaki yang tak dikenali buat aku malu sendiri bila difikir balik. 

Aku punya kawan yang selalu pergi dan balik sekolah bersama. Namanya Ashikin. Dia baik dan tak pernah menjaja cerita yang tak baik tentang orang. Jadi aku minta tolong dia untuk kenenkan aku dengan si lelaki snowcap. Aku minta Ashikin contact lelaki tu dan tanya tentang aku. Lelaki itu mungkin terkejut dan mungkin tidak. Mungkin dia dah dapat agak yang aku ingin berkawan dengannya. Aku minta Ashikin beritahu dia supaya memulakan perkenalan di sms. Dan dia sama sekali tidak tahu menahu tentang rancangan aku ini. Aku pura-pura terkejut bila dapat sms dari lelaki itu.

Perasaan teruja bila aku melayan dan dilayan baik sekali. Tapi bila diajak keluar berdua, aku tolak secara baik. Aku tak biasa bila berduaan tambahan umurku baru menginjak ke belasan tahun. Jadi aku bawa Ashikin bersama. Kami ke Wangsawalk Mall bertiga. Cuma makan bersama dan balik. Pada mulanya aku tahu dia tidak senang dengan kehadiran Ashikin. Dia berfikir cuma kami berdua. Dan aku tahu dulu dia punya teman istimewa yang boleh diajak kemana saja. Kemudian, perkenalan kami seperti biasa. Dan buat aku terkejut bila dia meluahkan isi hatinya. 

Hari demi hari,
Bertukar ke bulan dan seterusnya sudah hampir tujuh tahun kami menyemai kasih sayang. Segala perit lelah antara kami tanggung bersama. Aku rindu. Rindu lelaki selalu ada bila aku kosong. 

Thursday, September 11, 2014

#1 Cinta Si Pelik

Pandangan pertama:

                 

               Pada mulanya, rasa takut dan tidak selesa untuk aku masuk ke alam menengah persekolahan. Kerna bagi aku, alam menengah bagaikan sesuatu yang aku perlu jadi kuat dari segi zahir dan batin. Aku kena kuat agar tidak mudah terjerumus dalam perkara yang manusia dan media selalu uar-uarkan. Sungguh aku tak bersedia untuk masuk ke dunia baru. Takut jika aku dibuli dan menjadi liar. Walaupun abangku belajar di sekolah yang sama, aku masih rasa kekok dan ketakutan. Memandangkan jadual waktu sekolah kami berbeza, mungkin itu sebabnya aku berasa takut.

Sampainya aku di pintu pagar sekolah, aku terpandang sekujur tubuh sedang berdiri tegak di sebelah wanita lewat 30-an. Aku termenung pelik dengan keadaan lelaki itu. Dengan kepala yang berbalut snowcap merah menyala buat aku tersenyum sendiri. "Gila apa duk pakai snowcap tengahari buta ni?" Detik hatiku. Tapi aku biar saja lelaki itu dan berlalu pergi ke arah dewan yang dipenuhi pelajar seusiaku untuk daftar sekolah. Cuma emak yang temani aku dan ayah menunggu di kereta. 

Kemudian, aku diminta beratur di sebelah belakang dewan dan terjumpa kawan sekolah rendahku. Seronok bukan kepalang kerana aku sama kelas dengannya. Namanya Aina Amani. Kekok sedikit kerana aku tidak serapat rakannya yang lain. Di dalam kelas juga aku tidak duduk sebaris dengannya, Aku duduk dengan dua rakan lain, Zai dan Izah dari sekolah berdekatan dengan Hospital Johor. Aku senang berkawan dengan mereka kerana masing-masing punya personaliti yang berbeza dan banyak cakap terutama Zai. Terlalu jauh beza aku dengan dia. Sambil aku berbual dengan mereka, mata aku melilau di dalam kelas untuk melihat siapa lagi rakan baru yang akan belajar sama denganku. Kaget. Terkejut. Lelaki yang aku ejek tadi rupanya sama kelas denganku. Jadi tiap hari aku pandang dan lihat kelakuan dia. Tak ubah dengan budak lelaki lain. Bising. Suka melayan. Aku perhati dari jauh. Kadang tergelak sendiri bila dia buat lawak dengan kawan kelas yang lain. 

Dua minggu kemudian, cikgu umumkan beberapa pelajar harus pindah kelas arab. Bila mana nama dia disebut, hati aku sikit hampa. Entah waktu itu, aku belum terbit rasa suka. Tapi rasa hampa sebab tak boleh lihat kerenah dia tiap hari memandangkan kelas arab pada sebelah pagi. Aku biar benda tu berlalu. Sebab aku tak rasa penting untuk menunggu orang yang tak pasti. Masa dia sama kelas denganku, kami takpernah bercakap.
Jika aku tanya soalan yang sama, dia tak ingat samada aku pernah jadi kawan sekelasnya.